KENCING MANIS on DIET SEMASA MENGANDUNG DAN APA PERLU BUAT

 ASSALAMUALAIKUM BONDA BONDA SEMUA..

Terima kasih kerana mengunjungi blok bonda. Di sini bonda nak share pengalaman diebetees semasa mengandung (cara diet).Ini CUma pengalaman dan nasihat secara peribadi Sahaja.

1st Kenapa Dibetes semasa mengandung?Ada beberapa sebab kenapa diabetees semasa mengandung 

1. Faktor Keturunan

2. Mengandung di Usia 30Tahun Keatas

3. Semasa Tidak mengandung,Kita sudah pengidap diabetes

So di atas merupakan sebab sebab dan alasan anda kena Minum air Gula, Tak Kira lah di klinik Kesihatan ataupun di klinik SWASTA. Sama je sebab saya pun buat test di swasta & klinik kesihatan. Cuma biasalah diklinik kerajaan kena Que/menunggu lama, Tapi KUl 8 Pagi Dah Kena ada di Klinik. Jadi Mummy Tak koser nak nunggu lelama,Maka mummy prefer check baby di klinik swasta.

Biasanya Kandungan Mencecah bulan ke-3 kita akan disuruh minum air gula. Wah manis gilos. Lepas tu kena tunggu 4Jam Dan Baru ambil bacaan. Sebelum minum kena below 5, Kalau lebih memang tak lepas la wei.Takpe nanti Mummy Kongsi camne nak dapat bacaan Rendah (Takpaksa ikut tau)

After minum tu,mumy nasihatkan jalan jalan la skit,jangan la duduk je atas kerusi menunggu tu, memang gula tinggi la jawapnya. 

after Dapat Result, Dr akan panggil dan bagitau result kita. Jika result bawah pada 6, Consider lepas,if Not Maka Anda kena diet atau Kena ambil insulin.

Mummy Minta nak diet ngan Doktor sebab mumy Tak Mahu Cucuk Insulin.Biasalah Mummy ni more on cara tradisional skit, if tidak boleh kontrol maka baru guna cara insulin. So Dr agreed which result gula mummy lebih kurang 7+, so Mumy boleh diet tapi mummy kena report kat DR result utk 2 hari sekali pada Doktor. Masa anak sulung mummy check kat Hospital UMRA shah Alam utk anak pertama & kedua. Alhamdulillah memang Mummy Boleh Kontrol gula mummy Dengan Kontrol Cara Pemakanan.

APABILA DAPAT RESULT DARI DOKTOR KATA DIBETES,APA PERLU BUAT?

1st :  Jangan Menggelabah & Takut

Keadaan ini akan menganggu kepada emosi ibu ibu semua, so coll down dlu,relax dlu, minum air buang gula yang minum masa pagi tadi dlu.

2nd : Bincang dengan Doktor kata Nak Diet Dulu (If bacaan after minum air gula less than 8,if More kena tgok apa Nasihat Doktor)

3rd :  Nak kena beli Alat Test Gula dalam darah.

" Pergi farmasi dan tanya alat untuk glukose blood test, Cari yang harga RM70 keatas, Kalau Murah sangat nanti tak accurate bacaan dia"

Note : Kalau alat tu dah lama better tukar yang baru sebab, mesin tu perlu di reset ke apa entah Dr kata, so easy for mommy just tukar yang baru,Senang Tak perlu fikir Macam Macam.

4th : Apa perlu buat jika kita on diet diabetes

ini suggestion i untuk bonda bonda semua :

Sarapan Pagi : 8Pagi - 9.30 Pagi

Pilihan 1 : Susu Segar + Oat + Air Masak @2Gelas

Pilihan 2 : Jus Fresh Fruit + Sandwich (Use Roti Wholegrain which Carbo dia less than white bread) + Air Masak @2Gelas

Pilihan 3 :  Fresh Fruit & Air Suam + Salad + Grill Chicken + Air Masak @2Gelas

Lunch : 12T/Hari - 2Ptg 

Nak Diet,Jangan Skip Makan,Tapi perlu kawal Gula dan Karbo dalam badan kita, So info2 detail pasal pemakanan di belakang produk perlu diambil kira.

Makan Tengah Hari : 12 - 2Ptg

" Untuk mereka yang bermaslah kencing manis, Digalakkan untuk MAKAN pada waktu yang sama pada setiap hari bagi merangsang penghasilan insulin", Boleh tanya Doktor untuk keterangan selanjutnya.

Makanan Utama : 1 Senduk Nasi Diabetes (Beras Faiza Basmathi Diabetes @ Beras Perang)

Lauk : Ikan Rebus @ Ayam Sup @ Chicken Grill + Telur Dadar Rebus

Sayuran : Brokoli Rebus @ Bendi

Minuman : Jus Lemon Kurang Masam & No Sugar Added + Air Masak @2Gelas


Contoh Lunch Saya


Makan Petang : 3-4 Petang

Susu HL Low Fat + 1Keping Biskut 100% Wholemeal + Air Kosong 2 Gelas

Makan Malam : 6.30 -7.30 Ptg

" Untuk Pesakit Diabetes On Diet, Makan Malam Mesti Sebelum Pukul 8 Malam. MUST BE Key!!

 Menu Makan Malam Saya Sangat lite Sahaja :

1 Keping Roti Wrap YAng Karbo Must Less Than 15

2. Air Susu Kambing (HiGoat) + Air Masak 1Gelas

3. Oren (Jika Teringin)

                                                              Contoh Makan Malam Saya

Selain Dari Pemakanan, Mama Mama Semua Kenalah Menyeimbangkan Dengan Senaman. Senaman ni Memang Sangat Membantu Mengurangkan Gula Dalam Darah. Paling mudah senaman masa pragnent ialah dengan hanya banyakkan berjalan kaki. At least kalau biasa saya akan ambil waktu pagi antara kul 8 to 8.30 dan Petang dari Kul 6 to 6.30 & Banyakkan minum air masak yang bersih Serta Berselawat Kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Disclaimer

Insyallah memang gula dalam badan so so sahaja. Ini Cuma Perkongsian Pengalam Saya,Sebaiknya anda kena ikut nasihat Doktor anda. Ini Cuma cara alternative diet pemakanan semasa mengandung ikut cara saya

Nota ni Draft yg Pertama Dulu, Nanti akan ditambaikkan dari semasa Ke Semasa.

Comments