HB Rendah Semasa Mengandung

Assalamualaikum Dear,

Sekarang saya dah 9bulan, masyaAllah susah juga nak dapatkan seorang baby. Tapi enjoy kenangkankan sesuatu yang amat berharga.

Salah Satu yang sering dihadapi oleh para ibu mengandung ialah HB rendah. Saya mula2 HB 11, then drop jadi 10.4. Nurse membebel la. Gi plak check kat swasta 9.9. Takutnya dah la anak sulong kan. kemudian makan la hati ayam, bayam kerang and susu & ubat. tapi HB saya cuma naik 10.6 sahaja.

Ok next check up, saya cuba makan ubat tiap2 hari then makan jambu batu, kacang , sayur bayam, kurma china la, air kacang hijau la & doa manyak2 kemudian naik la jadi sebelas. Seronok nyer saya dah capai target.

Next check up turun balik jadi 10.6. Kali ni saya xmakan ubat sangat sebab dah hampir dengan due date. Apa yang saya buat, saya doa, zikir, makan kurma & pure susu kambing. Alhamdulillah HB saya naik jadi 11.3. Syukur sangat sangat HB naik ke paras yang ok. Kepala pun dah tak pening2. Nak pitam ke dah tak ada. Apa yang penting, bila dah usaha mesti kena tawakal pada Allah. Kalau usaha bagaikan nak rak pun, kalau Allah tak izinkan , sebenarnya memang takkan jadi.

So akhir sekali doakan saya selamat bersalin baby pertama saya. Risau pun ada, tapi tawakall la pada Allah.

Comments