Sejarah Bedak Sejuk Tradisional Beautyaiza

Assalamualaikum wbt.




Nak Cerita tentang sejarah mengenai macam mana terhasil produk bedak sejuk tradisional ni.
Masa dulu dulu , means masa sekolah sekolah dulu kulit ni suka tumbuh jerawat, yang biji biji tu, tinggalkan kesan parut pada muka, jadi carilah petua petua orang tua macam mana nak hilang kan nyer. saya guna lesung tumbuk pegaga dan beras, lepas tu tampal la pada muka. Bila dah praktikkan dua minggu nampakla jerawat berkurang dan kesan parut pun makin pudar.
Pada waktu siang memang pakai cream UV, tapi waktu malam saya memang pakai bedak sejuk ini. Alhamdulillah kesan yang positif.

Kayu manis pula, muka masa tu ada resdung, then saya pun cuba asah kayu manis letak pada muka. Gatal gatal pun boleh hilang. Sedap sangat rasanya. Lepas tu pakai dalam dua bulan saya punya resdung hilang dan jerawat pun hilang. Tapi muka merah merah sikit la kerana kesan panas kulit kayu manis. Then kami buat sedikit kajian tentang kayu manis dan perawatan kulit muka, maka terhasillah bedak sejuk tradisional kayu manis.

Kunyit ni dari pengalaman mak saya sendiri yang suka menggunakanya. Kunyit adalah salah satu herba yang berwarna kuning yang bersifat antiseptik. dia boleh bertindak penyembuh luka. Kalau kita sapu pada kulit kita yang ada sedikit kesan luka, ia boleh menyembuhkan kesan luka dan dan parut dari kesan luka tersebut. Selain itu kunyit yang bersifat antiseptik boleh mengelakkan bakteria merebak ke kawasan yang lain. Then kita pun buat produk bedak sejuk kunyit dan test pada kulit yang close dengan kita. Alhamdulillah ok untuk di komersialkan.

Tomato plak untuk kulit yang kusam dan kering. Tomato pula boleh melembabkan kulit yang kering. Penggunaan sabun atau pencuci muka yang kerap pada kulit wajah boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering. So kami hasilkan produk tomato ini untuk menyelesaikan masalah kulit wajah yang kusam dan kering.

Kesimpulanya produk bedak sejuk tradisional ini untuk menjaga kulit secara tradisional. Kalau siang kita pakai cream yang mahal2 untuk jaga kulit kita, maka malam pula kita cuba pula produk tradisional untuk continue jaga kulit wajah kita. InsyaAllah dengan izinNya boleh selesai masalah maslah kulit yang sering dihadapi oleh warga asia khususnya.

Feel free to view our website www.beautyaiza.com for further info regarding the beauty product.



" KAMI CUMA BERUSAHA UNTUK BAGI YANG TERBAIK, SELEBIHNYA ALLAH YANG PUNYA KUASA UNTUK MENJADIKANYA LEBIH MUJARAB"


Comments