Jagan Terlalu obses

Coretan ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa atau mamaparkan kelebihan atau keburukan orang lain
kalau kita tengok sejak kebelakangan semua orang bebas memberi pendapat mereka,,sama ada barisan nasional atau parti pembangkang . itu merupakan perkembangan yang baik,tetapi sekiranya pendapat atau pandangan itu berbaur dengan fitnah,itu boleh menghancurkan keamanan yang sedia ada.
pada pandangan saya tak semua yang kita sangka yang buruk itu semua buruk,dan tak semestinya yang baik baik itu tiada buruknya.percayalah dan renungkanlah, jangan terlalu obses dengan sesuatu parti. biarlah berpada pada. tak salah untuk memilih pilihan hati,,kerana hak memilih tu hak masing masing.
fikirlah dengan mata iman,bukan degan emosi. saya bukanlah bias pada mana mana parti, cuma risau dek kerana taksub dengan fahaman politik ,,ia boleh menyebabkan perpecahan sekaligus meruntuhkan perpaduan yang selama ini di bina.

pada mereka yang menyokong perjuangan PAS, jangan la melihat UMNO parti yang sangat teruk, fikirlah dalam buruknya tentu ada kebaikan yang walaupun sebiji zarah.
begitu juga dengan parti UMNO, tidaklah boleh memandang parti pembangkang sebagai parti yang sangat teruk,,mungkin ade juga kebaikan dan perjuanganya.

Pada pandangan saya, saya merasakan janganlah terlalu OBSES dengan politik yang bersifat sementara ini. Memilih yang layak,,,jangan terlalu EMOSI.

Pulanglah pada Al Quraan & Sunnah nabi dalam segala hal. Bersyukur apa yang ada, dan tak salah untuk berusaha kepada yang lebih baik, namun jangan terlalu TAMAK dengan janji janji, pasti akan rugi, jaga apa yang ada. Tak kisah sesiapa yang memerintah, yang penting kita semua tak bergaduh sesama sendiri dek kerana FITNAH yang berleluasa di dunia akhir zaman hidup ini.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Yang pasti Pulang lah pada jajji ALLAH, insyallah SEMUA KITA AKAN SELAMAT.

Coretan ini bukan untuk menuding jari pada sesiapa, cuma ingin berkongsi rasa dan pendapat. Yang diharapkan keamanan yang berpanjangan.

Comments